Skip to main content

AMALAN DAN PENGGUNAAN HERBA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU SELEPAS BERSALIN DI ZON TENGAH, SEMENANJUNG MALAYSIA

Herba 
Jenis tumbuh-tumbuhan yang berbatang rendah dan tidak berteras (batang lembut) namun ia juga dirujuk sebagai tumbuhan ubatan

Menurut World Health Organization (WHO), tempoh lepas bersalin bermula lebih kurang 1 jam selepas keluarnya plasenta /uri (WHO, 1998). Bagi perubatan tradisional Melayu selepas bersalin, rawatan dan penjagaan akan bermula dari hari pertama bersalin sehingga sekurang-kurangnya selama 40 hari (Zamani, 2001).

Zamani (2001) telah menyenaraikan beberapa amalan utama dalam perawatan tradisonal Melayu selepas bersalin iaitu urutan, bertungku, berbarut atau berbengkung dan bersalai. Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang diamalkan seperti berdiang, pemakaian param dan pilis, mandi herba, meminum jamu, dan sebagainya (Barakbah, 2007; Hasan, 2007).

 Bertungku Bertungku adalah suatu bentuk urutan pada bahagian luar sekitar kawasan peranakan dengan menggunakan pemberat seperti batu sungai atau besi yang mempunyai permukaan licin dan berbentuk rata atau bulat (Azidah, et al. 2006).


Menurut Hamid (2003), pemberat yang dipanaskan akan dibalut dengan kain tebal yang dilapis dengan daun herba tertentu seperti daun mengkudu (Morinda citrifolia L.), daun lemuni (Vitex trifolia L.) atau sireh (Piper betle L.). Kemudian pemberat akan dituam perlahan-lahan pada bahagian tertentu tubuh. Amalan ini dipercayai dapat membantu penyembuhan uterus, memecahkan lemak, mencantikkan kulit perut, membantu pengaliran darah, membuang angin, serta mempercepatkan penyembuhan (Hasan, 2007).

Comments

Popular posts from this blog

Tips Optimakan Testosteron Lelaki

7 Tips Optimakan Testosteron Lelaki atau KING OF HORMONES 1. Hindari GULA, paling paling mulakan  Cabaran Tiada Gula  2 minggu untuk beginners. Kajian menunjukkan hormon testosteron lelaki makin berkurang bila makan gula banyak, dengan insulin makin tinggi( keadaan dipanggil insulin resistance) , testosteron makin rendah, Tak berbaloi pulak mahu nikmati teh tarik, kopi manis, kuih muih pagi hari, Tuan- tuan  sudah cukup manisss! 2. Lemak baik seperti avocado, kekacang, telur & minyak kelapa sumber lemak baik & adalah building blocks utk hasilkan testosteron 3. Zinc adalah mineral penting untuk lelaki, Dose yang baik ialah 50- 100mg zinc kerana sumber makanan zaman kini kurang kandungan zinc. Carilah makanan tinggi zinc Tuan -Tuan 4.  High intensity Exercise, short Training atau HIT atau lebih mudah dikenali P.A. C.E . Hanya 12 mins untuk Tuan- tuan sehari. Jomlah baca Dr Al Sears and PACE 5. Intermittent Fasting, amalan sihat utk kekalkan paras testosteron. How to do