Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

AMALAN DAN PENGGUNAAN HERBA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU SELEPAS BERSALIN DI ZON TENGAH, SEMENANJUNG MALAYSIA

Herba  Jenis tumbuh-tumbuhan yang berbatang rendah dan tidak berteras (batang lembut) namun ia juga dirujuk sebagai tumbuhan ubatan Menurut World Health Organization (WHO), tempoh lepas bersalin bermula lebih kurang 1 jam selepas keluarnya plasenta /uri (WHO, 1998). Bagi perubatan tradisional Melayu selepas bersalin, rawatan dan penjagaan akan bermula dari hari pertama bersalin sehingga sekurang-kurangnya selama 40 hari (Zamani, 2001). Zamani (2001) telah menyenaraikan beberapa amalan utama dalam perawatan tradisonal Melayu selepas bersalin iaitu urutan, bertungku, berbarut atau berbengkung dan bersalai. Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang diamalkan seperti berdiang, pemakaian param dan pilis, mandi herba, meminum jamu, dan sebagainya (Barakbah, 2007; Hasan, 2007).  Bertungku Bertungku adalah suatu bentuk urutan pada bahagian luar sekitar kawasan peranakan dengan menggunakan pemberat seperti batu sungai atau besi yang mempunyai permukaan licin dan berbentuk rata atau bul